Skip to main content

Dunia

Bayi masih bertali pusat ditemui di atas rumput

Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di atas rumput berhampiran rumah kongsi di Presint 3 Taman Ara Sendayan di Seremban, pada Selasa pagi (7 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi masih bertali pusat ditemui di atas rumput

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 07 Sep 2021 07:46PM Dikemas Kini : 07 Sep 2021 07:50PM

SEREMBAN: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di atas rumput berhampiran rumah kongsi di Presint 3 Taman Ara Sendayan di Seremban, pada Selasa pagi (7 Sep).

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung bayi yang ditinggalkan itu pada 11.52 pagi.

"Hasil siasatan awal mendapati bayi perempuan itu masih mempunyai tali pusat dan uri yang disyaki baru dilahirkan kurang dari 12 jam.

"Bayi itu kini berada di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak berumur kurang 12 tahun mendedahkan dan membuang kanak-kanak.

Katanya lagi, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya kepada pihak polis.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita