Skip to main content

Dunia

Bayi masih bertali pusat ditemui depan pagar rumah

Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat, ditemui di hadapan pagar sebuah rumah di Taman Desa Kundang, Rawang pada Rabu (17 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi masih bertali pusat ditemui depan pagar rumah

(Gambar hiasan: Luma Pimental/Unsplash)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 07:48AM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 07:52AM

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat, ditemui di hadapan pagar sebuah rumah di Taman Desa Kundang, Rawang pada Rabu (17 Apr).

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata bayi yang dibalut dengan kain batik itu, ditemui penghuni rumah itu kira-kira 10.50 pagi, bersama uri yang diletakkan di dalam plastik.

“Lelaki berusia 18 tahun yang menemui bayi itu, kemudian menghubungi ibunya yang bekerja di Kepong mengenai penemuan bayi berkenaan, sebelum ibunya yang berusia lingkungan 40-an pulang ke rumah lalu membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bayi berkenaan dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu supaya tampil bagi membantu siasatan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita