Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi lelaki ini dinamakan 'Border' setelah dilahirkan di sempadan India-Pakistan

Setiap kali kelahiran bayi, ia menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memilih nama dengan maksud yang baik untuk cahaya mata mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi lelaki ini dinamakan 'Border' setelah dilahirkan di sempadan India-Pakistan

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 10 Dec 2021 08:38PM Dikemas Kini : 10 Dec 2021 08:39PM

INDIA: Setiap kali kelahiran bayi, ia menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memilih nama dengan maksud yang baik untuk cahaya mata mereka.

Pelbagai aspek juga diambil kira dalam proses pemilihan nama itu.

Ada sesetengah ibu bapa yang memilih untuk menamakan anak mereka sempena peristiwa atau situasi yang berlaku pada detik kelahiran bayi itu.

Sepasang suami isteri warga Pakistan menyambut kelahiran anak mereka dengan memilih nama yang cukup unik bagi anak lelaki mereka yang dilahirkan.

Pasangan itu yang dikenali sebagai Nimbu Bai dan Balam Ram dari daerah Rajanpur di wilayah Punjab memberi nama 'Border' atau sempadan kepada anak lelaki mereka kerana beliau dilahirkan di sempadan negara India-Pakistan.

Menurut laporan India Today, pasangan itu terkandas di sempadan Attari selama lebih dua bulan lalu bersama 97 warga Pakistan yang lain.

Dilaporkan, Border lahir pada 2 Disember lalu.

“Ketika Nimbu Bai mahu bersalin, dia dibantu oleh beberapa wanita dari kampung berhampiran untuk melahirkan anaknya.

“Penduduk tempatan juga membantu mengaturkan kemudahan perubatan untuk bersalin,” menurut laporan itu, seperti dinukil Astro AWANI.

Balam Ram berkata dia bersama warga Pakistan lain yang mengunjungi India sebelum perintah berkurung tidak dapat pulang ke rumah kerana tidak mempunyai dokumen mencukupi, menurut laporan itu seperti dinukil Astro AWANI.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan