Bayi lelaki ditinggalkan di perhentian bas
Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah perhentian bas di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Samad, Tanjung Ipoh, pagi tadi (22 Jan).

Gambar hiasan bayi.
KUALA PILAH: Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah perhentian bas di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Samad, Tanjung Ipoh, pagi tadi (22 Jan).
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani dalam satu kenyataan berkata penemuan bayi berkenaan yang cukup sifat dimaklumkan orang awam pada pukul 10.20 pagi.
Beliau berkata bayi yang dibalut dengan kain pelekat itu ditemui dalam sebuah beg plastik. Bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Bayi itu dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah bagi rawatan lanjut, katanya.
"Kita juga sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi itu dan kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan atas kesalahan mendedahkan dan membuang kanak-kanak berumur bawah 12 tahun," kata Supt Amran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.