Skip to main content

Dunia

Bayi lelaki bertali pusat ditinggalkan depan surau

Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di dalam kotak di hadapan Surau Nur Iman, Kampung Pinang Seberang di Taiping pada sebelah petang Sabtu (2 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi lelaki bertali pusat ditinggalkan depan surau

(Gambar hiasan: Janko Ferlič/Unsplash)

Diterbitkan : 02 Feb 2019 11:23PM Dikemas Kini : 02 Feb 2019 11:25PM

TAIPING: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di dalam kotak di hadapan Surau Nur Iman, Kampung Pinang Seberang di Taiping pada sebelah petang Sabtu (2 Feb).

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintenden Razlam Ab Hamid, berkata bayi yang hanya dibalutkan dengan kain itu ditemui oleh seorang anggota polis yang sedang melakukan rondaan di sekitar kawasan itu pada pukul 4.20 petang.

“Bayi lelaki itu dijumpai oleh seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal sebelum memaklumkannya kepada anggota polis di Balai Kamunting,” katanya.

Menurut Superintenden Razlam, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Sementara itu di Kerian pula, seorang lelaki tempatan ditemui mati tertiarap di tepi longkang sebuah kedai di Taman Bangan Serai pada petang hari yang sama (2 Feb).

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob, berkata lelaki yang dikenali sebagai M. Muthi, 49 tahun, dari Kampung Keramat, Bagan Serai ditemui oleh orang awam yang memaklumkannya kepada polis pada pukul 2.49 petang.

Menurut beliau, mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita