Bayi lahir tanpa wajah, doktor digantung tugas
Portugal menggantung tugas seorang pakar sakit puan yang disyaki cuai selepas seorang bayi dilahirkan tanpa muka, dalam kes yang menggemparkan negara itu.
Gambar hiasan bayi.
LISBON: Portugal menggantung tugas seorang pakar sakit puan yang disyaki cuai selepas seorang bayi dilahirkan tanpa muka, dalam kes yang menggemparkan negara itu.
Bayi yang diberi nama Rodrigo, dilahirkan pada 7 Oktober tanpa hidung, mata dan sebahagian tengkorak tetapi kecacatan itu hanya diketahui apabila bayi berkenaan dilahirkan di hospital di Setubal, kira-kira 40 kilometer dari selatan Lisbon.
Majlis Perubatan Portugal dengan sebulat suara mengundi pada Selasa (22 Okt) untuk menggantung khidmat Dr Artur Carvalho selama enam bulan.
Enam aduan dibuat terhadapnya sejak 2013.
“Ada bukti kukuh berlaku kecuaian doktor yang membawa kepada tugasnya digantung,” menurut ketua majlis perubatan bagi wilayah itu,” kata Encik Alexandre Valentim Lourenco kepada stesen penyiar RTP.
Mengambil kira impak kes itu, yang turut memberi kesan terhadap reputasi doktor lain dan bagi memberi jaminan kepada wanita hamil, beliau berkata keputusan itu adalah sesuatu yang wajar bagi menilai aduan-aduan yang dikemukakan.
Caravalho memantau kehamilan ibu Rodrigo di sebuah klinik swasta di Setubal, yang menyaksikan beliau melakukan tiga ujian ultrabunyi wajib tetapi tidak melaporkan sebarang isu yang boleh menimbulkan keprihatinan.
Ibu bapa Rodrigo diberitahu mengenai kemungkinan anak mereka cacat selepas meminta satu lagu ujian ultrabunyi dijalankan ketika hamil enam bulan tetapi diberi jaminan semuanya lancar.
“Beliau menjelaskan sebahagian muka tidak kelihatan dalam ujian ultrabunyi, kerana janin terlalu dengan perut ibu,” menurut saudara perempuan ibu Rodrigo, Cik Joana Simao.
Bayi tersebut masih dirawat di sebuah wad paediatrik di hospital di mana dia dilahirkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.