Skip to main content

Dunia

Bayi lahir ketika gempa Lombok diberi nama Muhammad Gempa

Seorang bayi lelaki yang dilahirkan ketika gempa bumi menggegarkan Lombok Utara, Indonesia diberi nama Muhammad Gempa Rizki.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi lahir ketika gempa Lombok diberi nama Muhammad Gempa

Muhammad Gempa Rizki selamat dilahirkan pada awal pagi Isnin (6 Ogos) di Pusat Komando Kecamatan Bayan, Lombok Utara. (Gambar: Palang Merah Indonesia/Twitter)

Diterbitkan : 06 Aug 2018 11:18PM Dikemas Kini : 06 Aug 2018 11:22PM

LOMBOK: Seorang bayi lelaki yang dilahirkan ketika gempa bumi menggegarkan Lombok Utara, Indonesia diberi nama Muhammad Gempa Rizki.

Sri Handayani, 38 tahun, bersalin pada awal pagi Isnin (6 Ogos) di Pusat Komando Kecamatan Bayan, Lombok Utara. Ini menurut catatan Twitter oleh Palang Merah Indonesia.

Astro Awani melaporkan bahawa ibu dan bayinya dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Berdasarkan data Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), sebanyak 124 gempa susulan kecil direkodkan berlaku sehingga pukul 6.00 pagi pada Isnin (6 Ogos).

Menurut Astro Awani, sekurang-kurangnya 98 orang terkorban setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter yang melanda Lombok pada Ahad (5 Ogos).

Menurut Astro Awani lagi, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan bahawa jumlah tersebut mungkin meningkat apabila serpihan daripada lebih 13,000 rumah yang musnah dibersihkan.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita