Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi kembar 2 kepala 1 tubuh di Palembang meninggal dunia 3 jam selepas dilahirkan

Bayi kembar yang dilahirkan dengan dua kepala pada satu tubuh di Hospital Umum Pusat Mohammad Hoesin (RSMH) Palembang, Sumatera Selatan meninggal dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi kembar 2 kepala 1 tubuh di Palembang meninggal dunia 3 jam selepas dilahirkan

Pasukan doktor di RSMH Palembang, Sumatera Selatan, berdoa untuk bayi kembar dengan dua kepala dengan satu tubuh. (Gambar: ANTARA/Jabatan Perhubungan Awam RSMH Palembang)

SUMATERA SELATAN: Bayi kembar yang dilahirkan dengan dua kepala pada satu tubuh di Hospital Umum Pusat Mohammad Hoesin (RSMH) Palembang, Sumatera Selatan meninggal dunia.

Ketua Jabatan Perhubungan Awam RSMH Palembang, Encik Ahmad Suhaimi mengatakan pada Sabtu (15 Jan) bayi kepada pasangan ibu bapa muda yang berusia pertengahan 20-an tahun, dinyatakan meninggal dunia oleh doktor pada pagi Jumaat pukul 11.20 pagi WIB (waktu Indonesia Barat) atau 12.20 tengah hari waktu Singapura.

"Doktor yang merawat menyatakan bayi tersebut meninggal dunia semalam pukul 11.20 WIB atau tiga jam setelah kelahirannya pada pukul 08.20 WIB," kata beliau.

Menurutnya lagi, buat sementara ini, ibu bayi tersebut sedang dirawat dengan rapi di ruang perawatan kebidanan dan keadaannya semakin pulih.

"Kondisi ibu bayi tersebut ketika ini semakin pulih di ruang perawatan kebidanan RSMB," tambahnya.

Sementara itu, Dr Indrayadi dalam kenyataan rasmi yang diterbitkan RSMH mengatakan, punca kematian bayi ​​​​yang lahir secara pembedahan dengan berat tubuh 3,600 gram, panjang badan 44 cm, lingkar kepala kedua bayi 33 cm tersebut dijangkakan kerana keadaan paru-paru yang tidak normal (1 kepala hanya 1 paru). <<dan adanya kelainan jantung bawaan.>>

Menurut beliau, ketika dilahirkan pada Jumaat (14 Jan) pukul 8.20 WIB, bayi itu tidak langsung menangis sehingga pasukan doktor memberikan bantuan pernafasan (oksigen) untuk melancarkan pernafasannya dan kemudian dibawa ke ruang rawatan intensif bayi baru lahir.

"Di ruang rawatan, bayi kembali tidak bernafas kemudian dilakukan pemasangan selang bantu nafas ke kedua-dua kepala bayi dan dihubungkan ke mesin bantu nafas," ujarnya.

Ketika diberi bantuan pernafasan di kepala kanan, kemudian, didapati hanya dinding dada kanan yang bergerak dan suara nafas hanya terdengar di sebelah kanan.

Kemudian, ketika diberi bantuan pernafasan untuk kepala kiri, hanya dinding dada kiri yang bergerak dan suara nafas hanya terdengar di dada kiri sehingga dicurigai satu kepala terhubung ke satu paru.

Sehinggalah dilakukan imbasan X-ray, kelihatan dua tekak, dua paru-paru, satu jantung, dua tulang belakang, dua perut, satu tulang pinggul, dua lengan dan dua kaki, namun bayi belum sempat dilakukan pemeriksaan ekokardiografi.

"Kondisi bayi semakin teruk meski dibantu mesin bantu nafas dimaksimumkan dan diberikan ubat-ubatan sokongan pam jantung, tapi tetap tidak membantu dan meninggal dunia pukul 11.20 WIB," katanya lagi.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan