Bayi ditemui hidup di bawah runtuhan bangunan Rusia
Di Rusia, seorang bayi lelaki dijumpai masih bernyawa di bawah runtuhan bangunan yang runtuh akibat letupan gas di bandar Magnitogorsk, Rusia. Bayi itu dikejarkan ke sebuah hospital di Moscow untuk rawatan segera.
Bangunan runtuh di Rusia akibat letupan gas.
MOSCOW: Di Rusia, seorang bayi lelaki dijumpai masih bernyawa di bawah runtuhan bangunan yang runtuh akibat letupan gas di bandar Magnitogorsk, Rusia. Bayi itu dikejarkan ke sebuah hospital di Moscow untuk rawatan segera.
Pasukan penyelamat menjumpai bayi berusia 11 bulan itu terperangkap selama 35 jam di bawah timbunan runtuhan dalam keadaan cuaca sejuk.
Dia dikejarkan ke sebuah hospital di Moscow untuk rawatan segera.
Menurut Kementerian Kesihatan keadaan bayi itu kritikal tetapi mantap.
Letupan itu, yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas, meranapkan 48 apartmen di bangunan 10 tingkat itu pada malam sebelum tahun baru (31 Dis).
Sekurang-kurangnya 21 orang terkorban dan puluhan yang lain masih belum ditemui.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.