Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi baru lahir yang ditinggal depan surau dalam keadaan stabil

Bayi lelaki yang ditinggalkan di tepi surau Teluk Chempedak pada Jumaat (22 Mac), dilaporkan dalam keadaan stabil, menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang Encik Zulkhairi Zainol Abidin. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi baru lahir yang ditinggal depan surau dalam keadaan stabil

(Gambar hiasan: Luma Pimental/Unsplash)

Diterbitkan : 23 Mar 2019 02:44PM Dikemas Kini : 23 Mar 2019 02:46PM

KUANTAN: Bayi lelaki yang ditinggalkan di tepi surau Teluk Chempedak pada Jumaat (22 Mac), dilaporkan dalam keadaan stabil, menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang Encik Zulkhairi Zainol Abidin.

Beliau berkata bayi yang masih belum diberi nama itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi tujuan pemantauan.

"Bayi seberat 1.47 kilogram itu dianggarkan dilahirkan pada usia 34 minggu dan akan ditempatkan di institusi JKM apabila dibenarkan keluar dari hospital," katanya semasa dihubungi, hari ini.

Semalam, pihak media tempatan melaporkan penemuan bayi berbalut tuala yang ditinggalkan di dalam kotak beralaskan kain batik oleh seorang penjaga tandas di pantai peranginan itu Cik Zahida Abd Rashid, 45 tahun, pada jam 10.00 pagi.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam dan ditemui dalam keadaan bersih dengan hanya sedikit tompokan darah di sekitar tali pusatnya.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan