Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi baru lahir dicampak dari tingkat dua setinggi 9 meter

Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat yang dipercayai baru dilahirkan ditemui berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham semalam (18 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi baru lahir dicampak dari tingkat dua setinggi 9 meter

Gambar hiasan bayi.

Diterbitkan : 19 Jul 2020 10:34AM Dikemas Kini : 19 Jul 2020 10:43AM

IPOH: Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat yang dipercayai baru dilahirkan ditemui berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham semalam (18 Jul).

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi itu pada jam 12.35 tengah hari daripada orang awam.

Beliau berkata bayi itu dicampak oleh seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dari tingkap biliknya yang terletak di tingkat dua dengan ketinggian kira-kira sembilan meter.

"Seorang saksi yang juga jiran suspek mendengar bunyi kuat yang terjatuh di bahagian bumbung rumahnya dan kemudian menemui bayi berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya lagi, pemeriksaan di bilik suspek yang masih belum ke sekolah kerana baru sebulan berpindah ke rumah berkenaan dari Batu Caves, Selangor mendapati terdapat kesan tompokan darah pada gerigi tingkap serta cadar biliknya.

A. Asmadi berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun.

"Suspek telah dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut...keterangan lanjut masih belum diterima kerana remaja itu dalam keadaan lemah akibat mengalami pendarahan selepas melahirkan bayi berkenaan," katanya.

Katanya lagi, soal siasat ke atas ibu dan dua adik suspek mendapati mereka tidak mengetahui tentang kehamilan remaja itu, malah semasa kejadian dia tidak menunjukkan sebarang petanda mahu melahirkan anak, sebaliknya hanya memberitahu baru saja datang haid.

Beliau berkata saksi-saksi kes berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan lanjut.

Sumber : Bernama/AW/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan