Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi 8 bulan maut di taman asuhan di Alor Gajah, didakwa didera pengasuh

Anggaran Waktu Membaca:
ALOR GAJAH: Seorang bayi lapan bulan maut ketika berada di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah.

"Anak saya dibedung, disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal," kata bapa
kepada bayi itu pada Jumaat (6 Ogos).

Mejar Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39 tahun, berkata, beliau yang ketika itu sedang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi dihubungi oleh isterinya kira-kira pukul 9.00 pagi memaklumkan menerima panggilan daripada pihak taska bahawa anak tunggalnya tidak sedarkan diri, lapor Astro Awani.

Katanya, apabila isterinya Sabrina Hakiem Zaini, 39 tahun, sampai di taska berkenaan, beliau mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.

"Sudah 13 tahun kami tunggu untuk dapatkan anak pertama dan isteri saya juga sanggup cuti sebulan tanpa gaji untuk mengasuh anak kami, sebelum kami membuat keputusan mencuba untuk menghantar bayi kami di taska ini, yang terletak dalam kawasan rumah kami.

"Selepas isteri saya telefon, saya terus bergegas balik ke Melaka dan apabila saya pergi ke taska tersebut saya memang terkejut melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang jelas nampak perbuatan salah seorang penjaga," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Melaka.

Mengulas lanjut katanya, beliau ada bertanya kepada pihak taska namun mereka gagal memberi sebarang alasan, sebelum beliau melihat sendiri rakaman CCTV.

"Saya mula-mula boleh terima kalau anak saya meninggal sebab tersedak susu atau jatuh sebab di luar kawalan... kita tidak tahu kan... tetapi saya terkejut apabila (rakaman) CCTV tunjuk semua benda (penderaan) ini dibuat sendiri oleh salah seorang pengasuh wanita berusia 34 tahun yang jaga dia.

"Itu memang saya tak boleh terima dan saya harap benda ini diambil tindakan supaya tak jadi pada orang orang lain... lebih-lebih lagi apabila saya lihat sendiri rakaman CCTV itu dengan pihak polis," tambahnya, seperti dinukil laporan Astro Awani.

Selain itu luahnya, dia tidak menyangka taska berkenaan tidak mempunyai lesen operasi yang sah memandangkan pusat asuhan itu sudah lebih empat tahun beroperasi di taman perumahan itu, selain tidak pernah berlaku kes seumpama itu.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan