Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi 6 bulan maut tercampak keluar kereta dalam nahas di JB

Mangsa berusia 6 bulan mengalami kecederaan di kepala dan maut di tempat kejadian, manakala 6 individu lain mengalami kecederaan ringan dalam nahas di Tangkak.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi 6 bulan maut tercampak keluar kereta dalam nahas di JB

Gambar hiasan. (Gambar: Bernama)

JOHOR BAHRU: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta manakala enam yang lain cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas di kilometer 161.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Tangkak pada Isnin malam (1 Ogos).

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat berkata kemalangan yang berlaku pada 8.30 malam itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala dan maut di tempat kejadian.

Beliau berkata kenderaan Perodua Alza yang dipandu bapa mangsa berusia 28 tahun, isterinya, 28, bersama lima yang lain didapati datang dari arah Pekan Tangkak menghala ke Bukit Gambir.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dinaiki kesemua mangsa dari arah Pekan Tangkak menghala ke Bukit Gambir itu hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum terbalik ke kawasan berumput.

“Bayi itu telah terpelanting keluar dan disahkan meninggal dunia manakala pemandu dan penumpang yang lain mengalami kecederaan ringan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata bayi tersebut dibawa ke Hospital Tangkak untuk dibedah siasat manakala enam individu itu pula turut menerima rawatan di hospital sama.

Mohd Fadhil berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan