Skip to main content

Dunia

Bayi 6 bulan maut selepas kereta bapa terbabas

Seorang bayi lelaki berusia enam bulan terkorban selepas kereta yang dinaikinya bersama keluarga terbabas ke dalam parit di KM4 Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja, malam semalam (2 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi 6 bulan maut selepas kereta bapa terbabas

Sebuah kereta Myvi berwarna biru terbabas ke dalam parit. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 03 May 2020 11:37AM Dikemas Kini : 03 May 2020 11:39AM

PARIT: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan terkorban selepas kereta yang dinaikinya bersama keluarga terbabas ke dalam parit di KM4 Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja, malam semalam (2 Mei). 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata dalam kejadian berhampiran Tanah Perkuburan Tanjung Aur pada sekitar pukul 8.15 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Afham Faiq Azrul Amir. 

Semasa kemalangan berlaku, mangsa berada dalam kereta jenis Perodua Myvi bersama ibunya, Siti Noorfazlin Ahmad, 29 tahun. Kereta itu dipandu ayahnya Azrul Amir Ruslan, 29 tahun dan keluarga tersebut dalam perjalanan dari Kampung Paloh ke Seri Iskandar untuk pulang ke rumah. 

"Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu ayah mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam parit," katanya dalam satu kenyataan. 

Menurut Encik Barudin, bayi itu meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk dibedah siasat pagi ini (3 Mei), manakala kedua ibu bapanya mengalami luka di seluruh badan.

Encik Barudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita