Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi 6 bulan maut dipercayai didera ibu bapa kandung

Berdasarkan pemeriksaan susulan yang dijalankan, pengawai perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tunku Azizah mendapati terdapat kesan lebam pada paha dan kening kanan mangsa yang dipercayai akibat penderaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi 6 bulan maut dipercayai didera ibu bapa kandung

Gambar fail. (Gambar: Mediacorp)

AMPANG JAYA: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia dipercayai didera ibu dan bapa kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Klang Gate, Ampang Jaya, pada Isnin (29 Ogos).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bayi tersebut dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tunku Azizah pada kira-kira jam 5.30 petang, Sabtu lalu dalam keadaan tidak sedarkan diri, dikatakan muntah dan mengalami sawan, lapor Astro AWANI.

Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan susulan yang dijalankan, pengawai perubatan mendapati terdapat kesan lebam pada paha dan kening kanan mangsa, dipercayai akibat penderaan.

Katanya lagi, bayi terbabit bagaimanapun meninggal dunia dua hari selepas dimasukkan ke hospital.

"Susulan itu, polis menahan ibu mangsa yang berusia 34 tahun kira-kira jam 8.40 malam, Isnin di lobi utama tingkat dua, wad wanita dan kanak-kanak hospital tersebut.

"Ketika disoal siasat, suspek tidak mengaku membunuh bayi berkenaan, sebaliknya memaklumkan mangsa mengalami kecederaan selepas terjatuh dari katil ketika di bawah jagaannya beberapa hari sebelum dibawa ke hospital," katanya dalam kenyataan pada Selasa (30 Ogos).

Mohamad Farouk memberitahu Astro AWANI bahawa berdasarkan pemerikasaan wanita tempatan yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai elektrik di ibu negara itu, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan juga bebas daripada penggunaan dadah.

Beliau turut mendedahkan bahawa polis juga sedang mengesan suami wanita itu, berusia 31 tahun yang merupakan seorang warga Indonesia.

Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, menurut Astro AWANI.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan