Bayi 3 bulan terkunci secara tiba-tiba dalam kereta
Sepasang suami isteri cemas apabila bayi perempuan mereka, berusia tiga bulan, yang diletakkan di tempat duduk belakang sebuah kereta Toyota Vios terperangkap selepas pintunya terkunci secara tiba-tiba.
Pasukan bomba cuba menyelamatkan bayi tiga bulan yang terperangkap di dalam sebuah kereta di Perak. (Gambar: Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook)
TANJUNG MALIM: Sepasang suami isteri cemas apabila bayi perempuan mereka, berusia tiga bulan, yang diletakkan di tempat duduk belakang sebuah kereta Toyota Vios terperangkap selepas pintunya terkunci secara tiba-tiba.
Difahamkan dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.50 tengah hari di Perak semalam (4 Feb), pintu kereta berkenaan terkunci secara tiba-tiba sebaik sahaja ibu bapa dan abang bayi itu, yang berusia dua tahun, keluar daripada kereta tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fazrul Azuan Norman, berkata pihaknya menerima panggilan pada sekitar 1.52 tengah hari.
Sebuah pasukan yang terdiri daripada tujuh anggota bomba termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Slim River dengan segera dikerahkan ke tempat kejadian dan bertindak kurang daripada lima minit untuk mengumpil pengunci kereta menggunakan peralatan khas.
"Sebaik tiba, bayi terbabit dalam keadaan sedar dan ibu bapanya bersama orang ramai mencuba untuk membuka kereta itu tapi tidak berjaya.
"Keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Shah Alam ke Teluk Intan dan singgah di pejabat pos tersebut untuk menyelesaikan beberapa urusan," kata Encik Mohd Fazrul ketika dihubungi oleh agensi berita Bernama pada Isnin (4 Feb).
Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang anggota polis yang berada di Pondok Polis berhampiran pejabat pos berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.