Bayi 11 bulan mati di lapangan terbang susuli penerbangan ke India
Qatar Airways menyatakan pada Rabu (26 Sep) bahawa seorang bayi meninggal dunia menyusuli penerbangan dari Doha ke bandar India, Hyderabad.
(Gambar: Pascal Pavani/AFP)
MUMBAI: Qatar Airways menyatakan pada Rabu (26 Sep) bahawa seorang bayi meninggal dunia menyusuli penerbangan dari Doha ke bandar India, Hyderabad.
"Kami dapat tahu tentang berita menyedihkan yang melibatkan seorang bayi meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad pagi tadi (26 Sep)," menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataannya.
"Kami amat bersimpati dengan keluarga yang terjejas," tambahnya.
Seorang jurucakap Qatar Airways memberitahu AFP bahawa bayi lelaki berusia 11 bulan itu berada dalam pesawat tersebut bersama ibu bapanya pada awal pagi Rabu (26 Sep).
Ibu bapa bayi berkenaan tidak menyedari bahawa anak mereka mengalami masalah pernafasan setelah pesawat itu mendarat, sedang mereka menuju ke kaunter imigresen, menurut jurucakap tersebut.
Dia kemudian dibawa ke sebuah hospital di Apollo.
Seorang jurucakap Lapangan Terbang Hyderabad menafikan bahawa bayi itu meninggal dunia di lapangan terbang tersebut.
"Kami sedang menunggu hasil siasatan dimuktamadkan dan juga laporan rasmi daripada Qatar Airways dan hospital Apollo, mengenai kematian bayi tersebut," kata Cik Sangeetha C R.
Hospital itu bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk AFP mendapatkan komen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.