Bayaran pinjaman digantung bagi ringankan beban Pakistan tangani banjir dahsyat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Asif Hassan/AFP)
ISLAMABAD: Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat (30 Sep) mempersetujui perjanjian untuk menggantung yuran pinjaman Pakistan bernilai AS$132 juta (S$189 juta), sedang negara itu bergelut dengan krisis ekonomi yang semakin memburuk disebabkan oleh banjir besar yang melanda negara tersebut, menurut kedutaan AS di Islamabad.
Ekonomi Pakistan menghadapi krisis imbangan pembayaran, defisit akaun yang semakin melebar, kemerosotan mata wang ke paras terendah dalam sejarah, serta inflasi yang menjangkaui 27 peratus.
Sementara itu, banjir dahsyat yang melanda sebahagian besar negara itu pada hujung Ogos, meragut lebih 1,500 nyawa dan menimpakan kerosakan yang dianggarkan bernilai AS$30 bilion (S$43 bilion).
Ini sekaligus mencetuskan kebimbangan sekiranya Pakistan tidak dapat melunaskan pinjaman-pinjamannya.
Duta AS ke Pakistan Donald Blome menandatangani perjanjian untuk meringankan beban Pakistan di bawah inisiatif G20 yang mengizinkan bantuan sedemikian.
Kedutaan itu dalam kenyataannya menyatakan: "Keutamaan kami adalah untuk menyalurkan semula sumber-sumber penting di Pakistan."
Perjanjian tersebut serta bantuan tambahan AS$4 juta (S$ 6 juta) sudahpun diluluskan.
Menteri Kewangan Pakistan Miftah Ismail, yang bakal melepaskan jawatannya berkata minggu lalu bahawa Islamabad juga sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan serupa daripada pemiutang lain berikutan banjir teruk yang melanda negara tersebut.
Beliau bagaimanapun menekankan bahawa pemerintah negara itu tidak akan mendapatkan sebarang bantuan daripada bank-bank komersial atau pemiutang Eurobond.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.