Skip to main content

Dunia

Bawa McMuffin dari Indonesia, pelancong ke Australia didenda AS$2,000

Anggaran Waktu Membaca:
Bawa McMuffin dari Indonesia, pelancong ke Australia didenda AS$2,000

Gambar: AFP

Diterbitkan : 01 Aug 2022 11:39PM
SYDNEY: Seorang pelancong yang tiba di Australia dari Indonesia, didenda hampir AS$2,000 (S$2,752) setelah petugas imigresen mengesan dua McMuffin dan satu croissant yang disimpan di dalam beg galasnya.

Anjing pengesan biokeselamatan Zinta menghidu makanan yang diseludupkan itu, di Lapangan Terbang Darwin, kata pegawai pada Isnin (1 Ogos).

"Ini akan menjadi makanan McDonalds termahal pernah dimiliki penumpang ini," kata Menteri Pertanian Australia, Murray Watt.

Australia mempunyai undang-undang biokeselamatan yang sangat ketat, untuk melindungi industri pertanian negara itu dari serangga perosak dan penyakit yang diimport.

Pihak berkuasa di Australia kini di tahap berjaga-jaga yang tinggi ekoran penularan penyakit kuku dan mulut di Indonesia. Semua daging yang diimport dari Indonesia harus menjalani pemeriksaan.

Meskipun penyakit itu tidak menimbulkan risiko bagi manusia namun merupakan penyakit virus ternakan yang teruk dan mudah berjangkit.

Denda yang dikenakan setara dengan membeli 567 McMuffins di Sydney atau tiket pulang balik ke Bali.
Sumber : CNA/SS/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita