Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bau durian disangka 'kebocoran gas', bomba dikerah di Canberra

Anggota bomba di Canberra bergegas ke sebuah kedai di ibu kota Australia itu pada Jumaat (15 Okt) selepas menerima laporan berkaitan 'kebocoran gas'.

Anggaran Waktu Membaca:
Bau durian disangka 'kebocoran gas', bomba dikerah di Canberra
Diterbitkan : 15 Oct 2021 11:25PM Dikemas Kini : 15 Oct 2021 11:36PM

SYDNEY: Anggota bomba di Canberra bergegas ke sebuah kedai di ibu kota Australia itu pada Jumaat (15 Okt) selepas menerima laporan berkaitan 'kebocoran gas'.

Namun, 'kecemasan' itu kemudian didapati sebenarnya hanya bau dari durian.

Petugas kecemasan mengarahkan orang ramai mengosongkan lokasi berhampiran sementara mereka mengesan punca 'kebocoran gas' di sekitar kawasan membeli-belah Dickson.

Selepas sejam di tempat kejadian, agensi perkhidmatan kecemasan Canberra menyatakan, seorang pemilik rumah sewa di atas kedai berkenaan memberi tahu mengenai kemungkinan sumber kejadian itu.

"Itu bukan kebocoran gas, tetapi sebenarnya dari buah durian. Buahnya mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan boleh dihidu dari jarak yang jauh," katanya.

Banyak ditanam di kawasan tropika di Asia Tenggara, Raja buah itu disukai penggemarnya kerana rasa pahit manis dan teksturnya yang lembut.

Namun, bagi yang tidak menyukainya, mereka membandingkan bau durian dengan sampah busuk atau dalam kes terbaru ini, kebocoran gas.

Buah durian juga tidak dibenarkan di banyak hotel dan pengangkutan awam.

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan