Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bau busuk bongkar kes lelaki bunuh, kerat mayat ibu

Bau busuk membawa kepada penemuan 15 keratan bahagian badan seorang wanita warga emas dalam tangki kumbahan dipercayai dibunuh anak lelakinya, di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar semalam (4 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:

IPOH: Bau busuk membawa kepada penemuan 15 keratan bahagian badan seorang wanita warga emas dalam tangki kumbahan dipercayai dibunuh anak lelakinya, di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar semalam (4 Jun).

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya bergegas ke rumah mangsa berusia 68 tahun itu untuk membuat pemeriksaan sebaik menerima aduan bau busuk luar biasa daripada jiran sekitar.

"Pemeriksaan di bahagian belakang rumah kemudian menemukan potongan mayat di dalam saluran najis yang ditutup menggunakan papan kayu," katanya ketika ditemui pemberita pada program Malaysia Sports League Daerah Kinta 2022 di X Park Sunway City yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata pihak polis sebelum ini menerima laporan daripada anak perempuan mangsa mengenai kehilangan ibunya pada 28 Mei lepas dan siasatan dibuka sebagai kes orang hilang.

"Kita yakin suspek mempunyai masalah mental dan permohonan reman ke atasnya akan dibuat pada hari ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya

Mior Faridalathrash dalam kenyataan susulan berkata suspek yang berusia 42 tahun itu pernah menerima rawatan sebagai pesakit mental di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang 20 tahun lalu.

"Setelah itu, suspek tidak pernah menerima apa-apa rawatan susulan," katanya.

Sementara itu, Tinjauan Bernama di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati beberapa orang ahli keluarga selesai menguruskan mayat mangsa untuk disemadikan pada kira-kira pukul 3.00 petang.

Semalam polis menahan suspek yang dipercayai membunuh dan memotong badan ibunya, susulan penemuan potongan-potongan daging menyerupai anggota badan manusia di dalam tangki kumbahan rumah itu kira-kira 3.30 petang.

Mangsa hanya tinggal berdua bersama suspek di rumah itu sejak 12 tahun lalu selepas suami mangsa meninggal dunia dan mereka menjalankan urusan jual beli barangan terpakai.

Polis turut merampas sebilah parang, dua pisau serta barang-barang yang dipercayai digunakan suspek bagi melakukan pembunuhan tersebut.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan