Batu Pahat daerah baharu dilanda banjir di Johor
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Sarawak terus meningkat setakat 8.00 pagi pada Sabtu (22 Mac), manakala di Sabah masih kekal.
Di Johor, Batu Pahat menjadi daerah terbaharu dilanda banjir, menjadikan jumlah mangsa di negeri itu meningkat kepada 13,089 orang setakat pukul 8.00 pagi, berbanding 11,776 orang pada Jumaat (21 Mac).
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Azmi Rohani berkata kesemua mangsa daripada 3,749 keluarga itu berlindung di 95 PPS yang beroperasi di enam daerah terjejas.
“Daerah Johor Bahru mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 5,402 orang, diikuti Kluang (2,458), Pontian (1,782), Kota Tinggi (1,690), Kulai (1,531) dan Batu Pahat pula 226 orang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Selain itu, beliau berkata tiga sungai dilaporkan melepasi paras bahaya iaitu stesen Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat dengan bacaan 6.26 meter, Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang (15.57m) dan Sungai Pulai di Kampung Ulu Pulai, Pontian (3.25m).
Encik Azmi berkata dua jalan di Kota Tinggi iaitu Jalan Lukut Cina (Taman Aman) dan Jalan Mawai Lama (sebelum Rumah Burung) serta Jalan Jabi Bukit Tempurung, Segamat masih ditutup kepada semua jenis kenderaan akibat dinaiki air.
Di Sarawak, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 969 orang setakat pukul 8.00 pagi pada Sabtu, berbanding 435 orang petang Jumaat.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan sebuah lagi PPS dibuka di Sibu, menjadikan jumlah mangsa banjir di daerah itu kini seramai 352 orang, manakala 617 mangsa dipindahkan di daerah Kapit.
Di Sabah, jumlah mangsa banjir kekal sebanyak 379 orang daripada 124 keluarga yang masih berada di lapan PPS setakat pukul 8.00 pagi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan PPS berkenaan dibuka di enam daerah iaitu Beluran, Sandakan, Paitan, Pitas, Keningau dan Sipitang.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.