Batik Air gantung operasi ke Istanbul mulai 1 Mei
Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Batik Air. (Gambar fail: AFP / ROMEO GACAD)
KUALA LUMPUR: Batik Air mengumumkan penggantungan operasi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (SAW) di Istanbul, Turki berkuat kuasa 1 Mei 2024.
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat (19 Apr), syarikat penerbangan itu menyatakan keputusan tersebut dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Menurutnya, cabaran dihadapi itu membuatkan syarikat tersebut terpaksa mengambil keputusan sukar dengan menggantung operasi ke lapangan terbang berkenaan, lapor Astro Awani.
Tambahnya, keputusan itu dibuat selepas meneliti keadaan semasa dan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal sentiasa terjamin.
Menurut laporan Astro Awani, Batik Air akan memaklumkan penggantungan tersebut kepada para penumpang terjejas melalui emel dan kiriman teks.
Bagi urusan bayaran balik pula, syarikat itu meminta mereka yang terjejas melayari laman web syarikat tersebut untuk memohon bayaran balik.
“Pasukan ini tetap komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang kami di semua laluan.
“Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memberikan kemas kini dalam masa terdekat,” menurut kenyataan tersebut, lapor Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.