Skip to main content

Dunia

Batalkan projek HSR: M'sia perlu bayar pampasan RM500 juta

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijangka perlu membayar pampasan kira-kira RM500 juta (S$168 juta) berhubung pembatalan projek HSR.

Anggaran Waktu Membaca:
Batalkan projek HSR: M'sia perlu bayar pampasan RM500 juta

Reka bentuk konsep stesen Bandar Malaysia. (Gambar: MyHSR)

Diterbitkan : 28 May 2018 08:19PM Dikemas Kini : 28 May 2018 08:21PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijangka perlu membayar pampasan kira-kira RM500 juta (S$168 juta) berhubung pembatalan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sudah membuat keputusan muktamad untuk membatalkan projek tersebut kerana ia tidak memberi manfaat serta melibatkan kos yang tinggi, lapor Utusan.

“Ini adalah keputusan akhir (pembatalan HSR) tetapi ia akan mengambil masa kerana kita mempunyai perjanjian dengan kerajaan Singapura," kata Dr Mahathir seperti yang dipetik Utusan.

“Saya difahamkan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan kerana membatalkan projek ini mencecah hampir RM500 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM hari ini (28 Mei).

Projek HSR yang bernilai RM100 bilion itu antara projek mega inisiatif pentadbiran mantan Perdana Menteri, Najib Razak.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita