Basikal arwah bapa jadi nostalgia mahal buat keluarga peniaga karipap
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Sinar Harian)
KUALA KRAI: "Basikal ayah nostalgia mahal buat kami," kata anak bekas penjual karipap di Petronas Daskoh, Kuala Krai, Kelantan, ketika menyentuh mengenai basikal tua berwarna merah milik arwah bapanya.
Syamer Ariff Rosdi, 18 tahun, berkata, keluarganya pernah ditawarkan dengan nilai lima angka oleh individu tertentu kerana mahu mendapatkan basikal itu.
Anak ketiga daripada empat beradik itu memberitahu, basikal tersebut merupakan satu kenangan yang tidak mungkin dipadam dalam ingatan keluarga mereka, lapor Sinar Harian.
"Basikal inilah yang arwah ayah guna untuk berniaga karipap hasil air tangan ibu bagi membesarkan kami adik-beradik," katanya ketika ditemui pada Isnin (1 Mei).
Jelasnya, selepas pemergian bapanya, basikal itu tidak pernah dibaiki kerana masih berada dalam keadaan baik walaupun pernah digunakan selama lima tahun oleh bapanya untuk berniaga di stesen minyak itu.
Menurut Syamer Ariff, bapanya meninggal dunia akibat penyakit jantung dan paru-paru pada Oktober 2021, menurut laporan Sinar Harian.
Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Maahad Tahfiz Al Azhari Machang itu juga berhasrat meneruskan perniagaan bapanya dengan mengkomersialkan karipap berkenaan.
Bagaimanapun, Syamer Ariff mahu menamatkan pengajian dan berjaya dalam pelajaran sebelum meneruskan impian keluarganya.

Syamer Ariff memberitahu bahawa dia akan membantu ibunya menjual karipap ketika cuti persekolahan atau cuti umum dengan merancang jadual harian kerana dia menetap di asrama.
"Jika saya pulang ke asrama, emak saudara atau adik akan menjual karipap ini," katanya.
"Biasanya kami menjual kira-kira 1,000 karipap sehari seawal jam 7.00 pagi dan habis dalam tempoh empat jam bergantung kepada jumlah pelanggan," katanya.
Syamer Ariff juga akan membantu ibunya, Tuan Muharini Tuan Mat, 51 tahun, memasak inti karipap yang akan siap dalam tempoh tiga jam, seperti dipetik laporan Sinar Harian.
"Saya akan mula mengulangkaji pelajaran selepas solat Isyak," katanya.
Karipap panas Abe Die yang penuh inti pernah tular di media sosial dan menjadi kegemaran ramai pelanggan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.