Bas ulang alik Masjid Nabawi, Masjid Quba disediakan di Madinah sepanjang Ramadan
Anggaran Waktu Membaca:
Pemandangan di Masjid Nabawi di Madinah. (Gambar: Pixabay)
MADINAH: Lembaga Pembangunan Daerah Madinah mengumumkan pelancaran perkhidmatan bas ulang-alik di pelbagai stesen sepanjang bulan Ramadan akan datang.
Perkhidmatan itu disediakan untuk memudahkan pergerakan jemaah dan pelawat yang ingin pergi dan balik dari Masjid Nabawi serta Masjid Quba, menurut laporan Saudi Gazette.
Pihak berkuasa menyatakan bahawa perkhidmatan itu bertujuan untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada para jemaah dan pelawat, mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar tempat ibadat sepanjang bulan suci, serta menyediakan pengangkutan yang teratur demi menjamin keselesaan dan keselamatan semua orang.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.