Bas sekolah terbakar di Thailand; 23 maut
BANGKOK: Sekurang-kurangnya 23 penumpang maut di Thailand apabila sebuah bas sekolah yang membawa lebih 40 pelajar dan guru bagi satu lawatan terbakar.
Bas tersebut terbakar di wilayah Pathum Thani, di luar ibu kota Bangkok.
Dua puluh tiga mayat sudah dikenal pasti, pesuruhjaya sains forensik Trairong Phiwpan memberitahu para wartawan, dengan siasatan untuk mengetahui puncanya masih dijalankan.
Enam belas pelajar dan tiga guru dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan, menurut Menteri Pengangkutan Suriya Juangroongruangkit.
Bas itu merupakan salah satu yang membawa tiga kanak-kanak - dalam lingkungan usia sekitar 13 hingga 14 tahun - dari sekolah Wat Khao Phraya Sangkharam di wilayah Uthai Thani.
Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra berkata terdapat mangsa yang meninggal dunia dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Dalam satu catatan di Facebook pada Selasa malam (1 Okt), beliau juga berkata kerajaan akan menanggung perbelajaan perubatan mangsa dan memberikan pampasan kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia.
"Laporan awal menyatakan ada 44 penumpang, 38 pelajar dan enam guru. Setakat yang kami ketahui, tiga guru dan 16 pelajar selamat," menteri pengangkutan memberitahu wartawan.
"Mereka yang masih belum dijumpai, masih belum jelas lagi."
Menurut Bangkok Post, insiden itu berlaku pada pukul 12.03 tengah hari berdekatan pusat beli-belah Zeer Rangsit, tidak jauh dari Lapangan Terbang Don Mueang Bangkok.
Apabila Mediacorp tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.00 petang, ratusan pegawai kecemasan berada di sana. Polis sudah mengepung kawasan nahas dan dilihat meneliti kenderaan yang rentung itu, sambil memetik gambar bahagian luar dan dalam bas tersebut.
Salah satu tayar bas meletup semasa berada di lebuh raya, menyebabkan kenderaan itu merempuh penghadang jalan, menurut seorang petugas penyelamat menerusi satu rakaman yang disiarkan di televisyen tempatan.
Bas itu bergerak menggunakan gas mampat dan rempuhan itu menyebabkan tangki minyak terbakar, menurut petugas itu lagi.
Rakaman video di tempat kejadian menunjukkan bas itu dijilat api sedang ia terbakar di bawah jejambat, kepulan asap tebal juga dapat dilihat.
Thailand mempunyai salah satu rekod terburuk jalan keselamatan jalan raya di dunia, dengan kenderaan tidak selamat serta pemanduan kurang baik yang menyumbang kepada angka tinggi kematian setiap tahun.
Sekitar 20,000 orang terkorban setiap tahun seperti dicatat rekod kerajaan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - iaitu purata lebih 50 sehari.
Kerugian ekonomi disebabkan kematian dan kecederaan akibat trafik berjumlah sekitar AS$15.5 bilion (S$20 bilion) pada 2022 - lebih tiga peratus daripada GDP - menurut WHO.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.