Bas pesiaran terbalik, pemandu disyaki dipengaruhi dadah
Polis mengesyaki pemandu bas pesiaran yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kota Belud-Tuaran (Kampung Kelawat) di Sabah pada petang semalam (10 Dis) memandu di bawah pengaruh dadah.
Kemalangan yang berlaku di Jalan Kelawat, Kota Belud di Sabah. (Gambar: 1SABAH/Facebook)
KOTA BELUD: Polis mengesyaki pemandu bas pesiaran yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kota Belud-Tuaran (Kampung Kelawat) di Sabah pada petang semalam (10 Dis) memandu di bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Mohd Zaidi Abdullah, berkata pegawai penyiasat yang menyiasat kejadian itu melihat pemandu bas pesiaran, berusia 33 tahun, berkenaan membuang sesuatu ke dalam longkang di tempat kejadian.
"Hasil pemeriksaan (ke atas benda yang dibuang pemandu ke dalam longkang) mendapati sebuah beg kecil berwarna merah berisi alat menghisap dadah syabu dan satu paket kecil lutsinar berisi ketulan hablur jernih, disyaki dadah jenis metamphetamine (syabu).
"Sampel air kencing dan darah pemandu akan diambil bagi tujuan (analisis) kimia/toksikologi," katanya kepada agensi berita Bernama hari ini (11 Dis).
Menurut Encik Mohd Zaidi, selain disyaki memandu di bawah pengaruh dadah, siasatan awal pihaknya juga mendapati bas itu mungkin dipandu laju sehingga pemandu gagal mengawal kenderaannya menyebabkan bas itu terbalik.
Dalam kemalangan yang berlaku sekitar 5.30 petang itu, enam daripada 18 penumpang di atas bas yang menghala ke Jeti Tazmahal di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud dari Nexus Karambunai, Sepanggar, mengalami kecederaan. Pemandu bas turut mengalami kecederaan ringan.
Kesemua mangsa kemalangan berkenaan dihantar ke Hospital Kota Belud untuk rawatan dan pemeriksaan.
LAPORAN BERKAITAN:
Bas persiaran terbalik, 18 pelancong Korea cedera di Sabah
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.