Skip to main content

Dunia

Bas persiaran terbalik, 18 pelancong Korea cedera di Sabah

Seramai 18 pelancong Korea mengalami kecederaan selepas bas yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik semasa menuruni bukit di Jalan Kelawat, Kota Belud pada petang Isnin (10 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Bas persiaran terbalik, 18 pelancong Korea cedera di Sabah
Diterbitkan : 11 Dec 2018 01:04AM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 01:14AM

KOTA KINABALU: Seramai 18 pelancong Korea mengalami kecederaan selepas bas yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik semasa menuruni bukit di Jalan Kelawat, Kota Belud pada petang Isnin (10 Dis).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada jam 5.39 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat Kota Belud dan Tuaran bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Belud. Bas tersebut terbabas lalu terbalik semasa menuruni bukit.

“Mangsa yang mengalami kecederaan diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Kecemasan Perubatan dan Menyelamat (EMRS) serta ambulans sebelum dihantar ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut,” kata jabatan itu dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Maklumat penuh mangsa belum diperolehi dan maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita