Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bas menjunam ke dalam gaung; 13 pelancong China maut

Sekurang-kurangnya 13 pelancong rakyat China maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera setelah bas yang dinaiki mereka terbabas lalu menjunam 30 meter ke dalam gaung di Laos, kata seorang pegawai polis pada Selasa (20 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Bas menjunam ke dalam gaung; 13 pelancong China maut

Gambar fail: Luang Prabang.

Diterbitkan : 20 Aug 2019 01:52PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 01:56PM

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 13 pelancong rakyat China maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera setelah bas yang dinaiki mereka terbabas lalu menjunam 30 meter ke dalam gaung di Laos, kata seorang pegawai polis pada Selasa (20 Ogos).

Bas itu membawa lebih 40 rakyat China menuju ke bandar Luang Prabang yang popular dalam kalangan pelancong apabila kemalangan berlaku lewat Isnin.

"Setakat ini 13 mayat ditemui ... sementara dua lagi mangsa masih hilang," kata pegawai polis Xaiyaphon Chitavong kepada AFP, sambil menyebut kerosakan brek sebagai punca kemalangan.

Beliau menambah 31 orang sedang menerima rawatan perubatan.

Agensi media rasmi China menunjukkan gambar-gambar penyelamat yang meranduk dalam air bah setinggi paras buku lali.

Kemalangan jalan raya di Laos, Thailand, Kemboja dan Myanmar adalah perkara lazim, memandangkan peraturan keselamatan sering tidak dipatuhi dan tahap penguatkuasaannya pula lemah.

Musim monsun dari Jun hingga Oktober juga membasahi jalan-jalan di kawasan luar bandar dengan hujan menyebabkan permukaan jalan licin.

Sektor pelancongan di Laos berkembang maju sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan jumlah pelancong dari China meningkat 13 peratus pada separuh pertama 2019 berbanding tahun sebelumnya, menurut akhbar Vientiane Times.

Sumber : AFP/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan