Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bas ekspres dalam perjalanan ke KL rempuh treler, 16 penumpang cedera

Anggaran Waktu Membaca:

JASIN: Seramai 16 penumpang cedera ringan apabila bas ekspres dinaiki mereka merempuh sebuah treler di KM179.2 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) pada pagi Isnin (28 Nov). 

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari Pegawai Bomba Kanan II Azman Md Dawam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.57 pagi dan seramai 17 pegawai serta anggota daripada BBP Jasin Bestari dan Tangkak digegaskan ke lokasi.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati sebuah bas ekspres membawa 27 penumpang telah melanggar sebuah treler membawa muatan barangan kitar semula.

“Kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa dan kesemua 16 penumpang itu telah diberi rawatan awal,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Hamdan berkata kesemua penumpang terlibat adalah warga Singapura dan bas tersebut dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. 

Beliau berkata bas ekspres dipandu lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang treler berkenaan di lorong paling kiri.

Katanya kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan