Bas bawa 44 pekerja kilang terima dos vaksin COVID-19 terbakar
Seramai 44 pekerja kilang yang baru selesai menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dan seorang pemandu bas berdepan detik cemas selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbakar di Jalan Bukit Putus pada tengah hari Ahad (12 Dis).

(Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan)
SEREMBAN: Seramai 44 pekerja kilang yang baru selesai menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dan seorang pemandu bas berdepan detik cemas selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbakar di Jalan Bukit Putus pada tengah hari Ahad (12 Dis).
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kesemua penumpang yang juga pekerja kilang kayu di Simpang Pertang itu baru selesai vaksinasi dos penggalak COVID-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Program Imunisasi COVID-19 Awam-Swasta (PIKAS) D’Catteya, Senawang.
“Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.00 tengah hari tadi. Bas berkenaan musnah seratus peratus, bagaimanapun kesemua penumpang dan pemandu selamat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, seramai 16 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Seremban dan Seri Menanti dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.