Bas bawa 21 penumpang jatuh dalam gaung di Taiping
Sebuah bas ekspres dipercayai terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 228.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, selepas Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang pada Jumaat petang (22 Mac).

Sebuah bas ekspres terbabas di KM 228.4 PLUS arah selatan, selepas R&R Bukit Gantang. (Gambar: Bomba/Bernama)
IPOH: Sebuah bas ekspres dipercayai terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 228.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, selepas Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang pada Jumaat petang (22 Mac).
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, bas yang belum diketahui arah tuju itu membawa 21 penumpang apabila nahas berlaku.
Menurut beliau, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 6.57 petang sebelum sebuah pasukan anggota dari balai Taiping dikejarkan ke tempat kejadian.
Jurucakap berkenaan turut memaklumkan bahawa usaha menyelamat sedang dijalankan dan berdasarkan maklumat awal, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.