Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Baru setahun jagung, murid di Terengganu ini sudah bergelar usahawan

Anggaran Waktu Membaca:
TERENGGANU: Usia muda tidak menghalang Muhammad Khairie Danish Kamal Ariffin, 12 tahun, dari Kampung Baru Seberang Takir untuk menjana pendapatan sendiri melalui jualan kereta mainan Hot Wheels. Muhammad Khairie Danish berkata idea untuk menjual kereta mainan tersebut timbul selepas mendapati ramai peminat barangan itu di Terengganu.

"Sekarang ini dah timbul balik kereta Hot Wheels.... dah jadi fenomena."

“Ramai orang cari kereta Hot Wheels untuk buat koleksi kerana bentuknya yang cantik dan hampir serupa dengan reka bentuk kereta asal yang diinspirasi," katanya pada Isnin (13 Mac).

Muhammad Khairie Danish berkata dia mula berniaga pada awal cuti persekolahan Februari lalu melalui rakaman video secara langsung di aplikasi TikTok menggunakan modal sendiri sebanyak RM100 (S$30).

Usaha anak kedua daripada empat beradik itu mendapat galakan ibu bapanya dan setakat ini dia sudah mengumpul jualan sebanyak RM700 (S$210).

"Harga kereta mainan yang saya jual antara RM10 (S$3) hingga RM120 (S$36). Setakat ini dah jual lebih 20 buah dan dapatlah RM700 (S$210). Duit ini sebahagiannya saya nak guna untuk pusing modal dan sebahagian lagi nak beli barang kelengkapan sekolah."

“Harapnya dapatlah kurangkan sedikit beban mak ayah kerana saya ada tiga lagi adik beradik lain yang bersekolah… ayah pun kerja bawa teksi sahaja," katanya yang mendapatkan stok kereta mainan Hot Wheels daripada seorang pembekal dari Kuala Terengganu.
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan