Baru beberapa jam dipasang, bendera kempen PRU-15 BN dirosakkan di JB
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi Berita
JOHOR BAHRU: Baru tiga hari kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Malaysia dijalankan, bahan kempen Barisan Nasional (BN) didakwa dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab di Kampung Seri Makmur, Plentong, di Johor Bahru, lapor BN Online.
Setiausaha UMNO Cawangan Kampung Seri Makmur, Plentong, Md Mazni Masud, berkata bahan kempen termasuk bendera parti dipasang di kawasan berkenaan pada pukul 12.00 tengah malam Ahad (6 Nov).
Bagaimanapun katanya, pada pukul 7.00 pagi, unit keselamatan Kampung Seri Makmur mendapati kira-kira 10 dirosakkan di tepi laluan di Jalan Tembusu hingga Jalan Kemuning.
Beliau berkata, beberapa bendera parti jatuh, selain dibuang di dalam parit, manakala buluh yang digunakan bagi memasang bendera juga dipatahkan, tambah laporan BH Online itu.
"Kami kecewa kerana kejadian dipercayai berlaku selang beberapa jam bahan kempen itu diletakkan di lokasi berkenaan.
"Kami tidak menafikan ia mungkin berunsur sabotaj dan kami berharap kejadian seumpama itu tidak berulang.
"Biarlah kita berkempen secara aman," katanya seperti dinukil laporan BH Online.
Encik Md Mazni berkata, wakil UMNO Cawangan Kampung Seri Makmur turut membuat laporan polis di Balai Polis Plentong, di Johor Bahru.
Katanya, pihaknya berharap polis mengesan individu tidak bertanggungjawab berkenaan dan dikenakan tindakan sesuai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan serta menjalankan siasatan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.