Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Baru 11 tahun, kanak-kanak Malaysia ini berniaga di Shopee demi beli keperluan pembelajaran online

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun tular di Malaysia setelah menjadi peniaga di Shopee kerana perlu mengumpulkan wang untuk membeli telefon bimbit baru bagi mengikuti pelajaran online.

Anggaran Waktu Membaca:
Baru 11 tahun, kanak-kanak Malaysia ini berniaga di Shopee demi beli keperluan pembelajaran online

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 06 Aug 2021 05:19PM Dikemas Kini : 06 Aug 2021 05:20PM

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun tular di Malaysia setelah menjadi peniaga di Shopee kerana perlu mengumpulkan wang untuk membeli telefon bimbit baru bagi mengikuti pelajaran online.

Inisiatifnya diketahui ramai setelah salah seorang pelanggannya menulis catatan di Facebook, menyangka dirinya ditipu setelah menerima kiriman lampu LED yang salah.

Apabila pelanggan itu memberi maklum balas kepada kanak-kanak itu, Umar Al-Khattab, melalui aplikasi Shopee, beliau terkejut apabila mendapat tahu bahawa Umar hanyalah seorang kanak-kanak setelah dia meminta maaf dan menjelaskan masih berjinak-jinak dengan penjualan di platform itu.

Setelah mengetahui tentang kisah Umar, pelanggan itu menulis tentang perniagaan Umar di Facebook yang kemudian dikongsi secara meluas oleh pengguna media sosial.

Sejak menjadi penjual Shopee, Umar berkongsi kepada Malay Mail bahawa dia sudah menerima 300 tempahan dalam masa sembilan hari.

Umar yang merupakan anak keempat dari lima adik beradik, juga berkata dia bersyukur atas sokongan yang diberikan pengguna media sosial untuk melanggani pelbagai barangan seperti jam, lampu LED dan alat tulis.

Menurut Umar, minatnya untuk menceburi perniagaan bermula setelah melihat teman ayahnya menjelaskan kepadanya bagaimana untuk memulakan perniagaan di Shopee.

Umar berkata dalam masa seminggu, banyak yang dipelajari tentang selok belok menjadi seorang penjual.

"Saya belajar bagaimana untuk berbual dengan pelanggan, saya belajar bagaimana untuk menguruskan kedai saya dengan membawa masuk produk-produk baru.

"Saya juga belajar bagaimana untuk menangani isu yang timbul. Misalnya, apabila saya tersilap menghantar barang yang salah atau tersalah saiz, saya akan menghubungi pelanggan itu dan meminta maaf (kepada mereka) serta menjelaskan kesilapan saya itu.

"Ramai daripada mereka memberi respons baik kepada penjelasan saya itu," kata Umar kepada Malay Mail yang juga berkongsi bahawa budak itu meminati pendakwah terkenal Ustaz Ebit Liew dan berhasrat menjadi sepertinya pada suatu hari.

Ibu Umar, Nurul Huda Azman berkata sejak insiden melibatkan anaknya itu menjadi tular, beliau dihubungi beberapa syarikat yang memintanya menjadi penjual 'dropship' mereka yakni menjadi perantara yang menawarkan produk dari pembekal kepada pembeli.

Namun beliau menasihati Umar supaya tidak terburu-buru dan mempelajari langkah-langkah asas sebelum membuat sebarang keputusan.

Cik Huda berkata Umar sedang mengumpul wang untuk membeli telefon bijak yang baru supaya boleh mengikuti Pembelajaran di Rumah.

Ini kerana dia terpaksa berkongsi peranti yang ada bersama empat lagi adik beradiknya yang masih bersekolah.

"Kadangkala (bagi) kelas-kelas mereka, kami perlu beri keutamaan kepada adik beradiknya yang lebih tua. Dia ada meminta saya membelikannya telefon yang baru namun melihat pada keadaan sekarang, kami tidak mampu.

"Kerana kami perlukan wang untuk membayar hal-hal lebih penting seperti bil api air rumah, barangan dapur dan bil-bil lain. Jadi, saya katakan kepadanya teruskan dengan penjualannya dan dia boleh membeli telefon bijak baru daripada hasil pendapatannya," kata Cik Huda kepada Malay Mail.

Kedua-dua ibu bapa Umar tidak bekerja pada waktu ini disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan (PKP) di Malaysia dan mereka menjual produk-produk tempatan pada skala lebih kecil.

Sejak kedai Umar di Shopee dibuka, ia sudah meraih lebih 5,000 pengikut dan dia bertekad untuk meneruskan perniagaannya bagi mencapai sasaran membeli telefon bimbit yang baru di samping meringankan beban keluarganya.

Umar juga menanam hasrat untuk menjadi seorang usahawan berjaya apabila dewasa kelak.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan