Barisan menteri Kabinet PM Jepun letak jawatan serentak sebelum undi Parlimen
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba bersama anggota Kabinetnya meletakkan jawatan pada Isnin (11 Nov) sebelum undian Parlimen diadakan bagi memilih perdana menteri baharu, susulan keputusan pilihan raya umum bulan lalu.
Para menteri menyerahkan surat peletakan jawatan secara serentak dalam satu mesyuarat Kabinet pada pagi Isnin.
Memandangkan gabungan parti pemerintah, Parti Demokratik Liberal (LDP) dan Komeito tidak memiliki majoriti dalam Dewan Perwakilan, undian pada Isnin dijangka berakhir dengan pusingan penentu antara Ishiba dan ketua parti pembangkang utama, Parti Demokratik Perlembagaan, Yoshihiko Noda.
Jika berlaku, ia akan menjadi pusingan penentu pertama dalam hampir 30 tahun bagi pemilihan perdana menteri di Jepun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.