Skip to main content

Dunia

Barisan Exco Johor angkat sumpah hari ini

Anggaran Waktu Membaca:
Barisan Exco Johor angkat sumpah hari ini

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (tengah) bersama menteri besar Johor ke-19 Onn Hafiz Ghazi (kiri) dan Hasni Mohammad (kanan). (Gambar: Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

KUALA LUMPUR: Hari ini (26 Mac) akan berlangsung majlis angkat sumpah ahli-ahli majlis kerajaan negeri (Exco) Johor selepas senarai kepimpinan mereka diperkenan Sultan Ibrahim Iskandar bagi dilantik dan mengangkat sumpah.

Majlis akan berlangsung di Balai Menghadap Istana Bukit Serene, lapor Astro AWANI.

Sebelum ini, pada Khamis (24 Mac), Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran di Facebook beliau memaklumkan, Sultan Ibrahim sudah memperkenankan senarai barisan Exco yang dipersembahkannya.

Pada 18 Mac lalu, media melaporkan Onn Hafiz, cicit kepada pengasas dan Presiden UMNO, Onn Jaafar, dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-19.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, kira-kira jam 3 petang hari berkenaan (18 Mac).

Onn Hafiz adalah Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, dengan majoriti 6,543 undi.

Beliau menggantikan Hasni Mohammad, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita