Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Barack Obama gesa demokrat keluar beramai-ramai undi Joe Biden

Pengundi Amerika Syarikat perlu keluar seramai mungkin untuk memastikan calon presiden Demokrat Joe Biden mencatat kemenangan besar sehingga tidak mampu dicabar Presiden Donald Trump, seru mantan presiden Barack Obama.

Anggaran Waktu Membaca:
Barack Obama gesa demokrat keluar beramai-ramai undi Joe Biden

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Oct 2020 03:30PM Dikemas Kini : 22 Oct 2020 03:34PM

WASHINGTON: Pengundi Amerika Syarikat perlu keluar seramai mungkin untuk memastikan calon presiden Demokrat Joe Biden mencatat kemenangan besar sehingga tidak mampu dicabar Presiden Donald Trump, seru mantan presiden Barack Obama pada perhimpunan di Philadelphia, Pennsylvania, satu daripada kawasan panas pengundian itu.

"Kita perlu lebih ramai keluar mengundi tidak seperti sebelum ini... kita tidak boleh membiarkan wujud sebarang keraguan dalam pilihan raya ini. Kita tidak boleh mempunyai sebarang keraguan...

"Saya tidak kisah mengenai undi. Ramai yang selesa duduk di rumah dan malas serta berasa selesa (seperti pada 2016). Tapi kali ini tidak boleh," kata Encik Obama pada Rabu.

Encik Obama mengingatkan pengundi mengenai kekalahan mengejut calon Demokrat, Cik Hillary Clinton di tangan Encik Trump pada pilihan raya presiden 2016 dan mendakwa sebahagiannya berpunca kerana ramai pengundi berasa amat yakin terhadap kemenangan Clinton, menyaksikan kadar undi Demokrat amat rendah terutama di lokasi panas, lapor agensi berita Sputnik.

Ini adalah ucapan sulung bekas presiden selama dua penggal itu, dalam kempen pilihan raya presiden kali ini, dua minggu sebelum hari pemilihan pada 3 November.

Pennsylvania dianggap lokasi panas dan keputusan di negeri ini boleh menentukan keputusan pilihan raya.

Encik Biden, dilahirkan di Scranton, Pennsylvania, menyaksikan Encik Trump semakin ketinggalan di negeri itu, di mana bekas naib presiden itu kini mendahului saingannya dengan 4.9 peratus, menurut purata dapatan soal selidik Realclearpolitics.com pada pagi Rabu. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan