Skip to main content

Dunia

Bapa tiri, ibu kanak-kanak mangsa dera ditahan

Polis berjaya menahan ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak berusia tiga tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera pada Khamis lalu (8 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa tiri, ibu kanak-kanak mangsa dera ditahan

(Gambar hiasan: Jeremy Long)

Diterbitkan : 12 Nov 2018 06:29PM Dikemas Kini : 12 Nov 2018 06:32PM

KAJANG: Polis berjaya menahan ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak berusia tiga tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera pada Khamis lalu (8 Nov).

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Penolong Pesuruhjaya Kanan Fadzil Ahmat, kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 11.00 pagi tadi (12 Nov) di Hospital Kajang.

Suspek lelaki yang juga bapa tiri mangsa berusia 31 tahun itu ditahan ketika hendak melawat isterinya yang berusia 20 tahun di hospital berkenaan.

Siasatan awal mendapati isterinya melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah rumah inap desa di kawasan Hulu Langat pagi tadi.

Bagaimanapun beliau terpaksa dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Kedua-dua suspek akan direman esok (13 Nov) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 8 November lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Ampang.

Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, badan serta perut yang dipercayai didera.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita