Bapa tergamak tembak mati anak perempuan gara-gara kandungan 'tidak senonoh' di TikTok
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
ISLAMABAD: Seorang remaja perempuan ditembak mati oleh bapanya sendiri di Pakistan setelah beliau tidak bersetuju dengan kandungan TikTok yang dimuat naik oleh mangsa.
Suspek, Anwar ul-Haq pada mulanya mendakwa anak perempuannya yang berusia 15 tahun itu ditembak oleh seorang individu tidak dikenali.
Namun, dia akhirnya mengaku telah membunuh anaknya sendiri.
Polis mendakwa Anwar ul-Haq dengan tuduhan membunuh.
Selain suspek, abang iparnya turut diberkas.
Pegawai polis Babar Baloch berkata siasatan awal mendapati keluarga mangsa tidak bersetuju dengan cara beliau berpakaian, gaya hidupnya dan pergaulan sosial mangsa yang dilahirkan di Amerika Syarikat.
Kedutaan Amerika difahamkan belum dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Penyiasat polis Zohaib Mohsin menambah telefon bimbit mangsa telah dirampas dan kes sedang disiasat termasuk dari aspek pembunuhan demi kehormatan.
Keluarga tersebut pulang ke wilayah Balochistan di Pakistan baru-baru ini setelah tinggal di Amerika Syarikat selama kira-kira 25 tahun.
Anwar ul-Haq, yang mempunyai kewarganegaraan Amerika, memberitahu polis bahawa anak perempuannya mula mencipta kandungan yang dianggap "tidak senonoh" di TikTok semasa tinggal di Amerika dan terus berkongsi video setelah mereka pulang ke Pakistan.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.