Skip to main content

Dunia

Bapa pelajar di Perancis ditahan ugut bunuh pengetua atas larangan pakai abaya di sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa pelajar di Perancis ditahan ugut bunuh pengetua atas larangan pakai abaya di sekolah

(Gambar:: AFP/Loic Venance)

Diterbitkan : 09 Sep 2023 11:33AM
CLERMONT-FERRAND: Polis Perancis menyatakan pihaknya sedang menahan seorang lelaki pada Jumaat (9 Sep) kerana mengugut pengetua sekolah yang mengarahkan anak perempuannya pulang kerana memakai abaya.

Pemerintah presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan bulan lalu bahawa ia akan melarang pemakaian abaya di sekolah, kerana ia melanggar peraturan sekularisme dalam pendidikan.
 
Lelaki itu diberkas pada Khamis (8 Sep), dan didakwa "mengugut dengan tujuan menakut-nakutkan seseorang yang ditugaskan dengan tanggungjawab rasmi", kata pendakwa tempatan Dominique Puechmaille kepada AFP.

Anak perempuan lelaki tersebut ditahan di pintu masuk sekolah menengahnya pada Khamis dan diarahkan supaya menanggalkan abayanya. Apabila dia enggan membuat demikian, dia dihalang daripada memasuki sekolah, menurut polis.

Bapanya menghubungi sekolah dan bercakap dengan seorang pengawal serta penasihat pendidikan. Lelaki itu dituduh membuat ugutan bunuh terhadap pengetua sekolah itu ketika bercakap dengan pengawal dan penasihat pendidikan tersebut.

Menteri Pendidikan Perancis Gabriel Attal menyifatkan ugutan itu sebagai "tidak boleh diterima dan tidak terkata".

Pengetua tersebut sedang berada dalam lindungan polis, tambahnya.

Presiden daerah Auvergne-Rhone-Alpes, Laurent Wauquiez, berkata kakitangan sekolah itu menerima ugutan "bunuh dan penggal kepala".
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita