Skip to main content

Dunia

Bapa masalah mental pukul bayi hingga mati

Seorang bapa disyaki memukul bayinya berusia enam bulan sehingga mati di kediamannya di Kampung Baroh, Santan, Sabtu lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa masalah mental pukul bayi hingga mati

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 29 May 2019 05:39PM Dikemas Kini : 29 May 2019 05:42PM

KANGAR: Seorang bapa disyaki memukul bayinya berusia enam bulan sehingga mati di kediamannya di Kampung Baroh, Santan, Sabtu lepas.

Ketua Polis Perlis Encik Noor Mushar Mohamad ketika dihubungi berkata suspek yang berusia 44 tahun itu bertindak memukul bayi perempuan tersebut selepas berlaku pertengkaran kerana diminta isterinya untuk makan ubat bagi masalah mental. 

Menyusuli kejadian itu, ibu bayi berkenaan bertindak membawa bayi itu dan tiga lagi anaknya masing-masing berusia 2 hingga 7 tahun lari mendapatkan bantuan daripada seorang rakan suspek di Arau pada Isnin kira-kira jam 11.00 malam kerana bimbang keselamatan mereka. 

"Bayi berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan baik pada 4.00 pagi semalam (28 Mei) namun tidak bernafas kira-kira jam 9.30 pagi hari sama. Pihak Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang dihubungi tiba di lokasi kejadian memaklumkan bayi berkenaan meninggal dunia pada 3.24 petang," kata Encik Noor Mushar. 

Menyusuli itu, pengadu sudah membuat aduan polis berhubung kematian bayi berkenaan semalam. 

Menurut Encik Noor Mushar pemeriksaan awal ke atas bayi itu tidak mendapati sebarang kecederaan namun bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar hari ini bagi mengenal pasti punca kematian bayi berkenaan.

Katanya tiada laporan dibuat isteri berkaitan keganasan rumah tangga dan suspek juga pernah beberapa kali mendapatkan rawatan masalah mental di HTF sebelum ini.

"Suspek dan isterinya yang berasal dari Thailand berkahwin pada 2011. Isteri tidak mempunyai dokumen pernikahan dan bayi terbabit yang lahir di sana (Thailand) juga tidak mempunyai dokumen sah," katanya.

Encik Noor Mushar menambah bayi berkenaan tidak dibawa ke HTF kerana tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah.

Suspek ditahan di kediamannya semalam kira-kira jam 4.00 petang dan direman bermula hari ini (29 Mei) hingga 4 Jun.

Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita