Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bapa dera bayi 3 bulan sendiri sehingga mati

Seorang bapa mendera bayinya sendiri hingga menemui ajal.

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa dera bayi 3 bulan sendiri sehingga mati

(Gambar hiasan: Luma Pimental/Unsplash)

Diterbitkan : 08 May 2019 11:45AM Dikemas Kini : 08 May 2019 11:49AM

JAKARTA: Seorang bapa mendera bayinya sendiri hingga menemui ajal.

Dalam kejadian di Jakarta Barat, Indonesia, lelaki berusia 23 tahun yang hanya dikenali sebagai MS diberkas atas penganiayaan terhadap bayi berumur tiga bulan iaitu anak kandungnya sendiri.

Astro Awani melaporkan pihak berkuasa sebagai menyatakan, MS didakwa melakukan penderaan itu sejak anaknya berusia lebih sebulan.

"Berdasarkan keterangan pelaku, penganiayaan terhadap anaknya bukan dilakukan satu kali sahaja tetapi ternyata pernah dilakukan pada saat bayi berumur satu setengah bulan di mana kaki bayi dipatahkan oleh pelaku dan juga punggung," kata Ketua Polis Bahagian Kebon Jeruk AKP Erick Sitepu pada Isnin (6 Mei).

Katanya lagi, seperti ditukil Astro Awani, mangsa kerap dianiaya ketika isteri suspek yang dikenali sebagai SK memintanya untuk menjaga bayi mereka.

"Antara lain, bayi ini digigit tepat di wajah sebelah kiri. Ada bekas gigitannya. Kemudian juga dipukul atau ditumbuk tepat di muka sehingga menyebabkan hancur pada bahagian hidung dan bibirnya pecah.

"Kemudian tangan serta kakinya dipatahkan, ditarik dan dipulas berulang kali. Menurut keterangan suspek, dipulas hingga berbunyi 'krek' baru dia berhenti," kata Erick seperti ditukil oleh Astro Awani.

Mangsa meninggal dunia pada 27 April lalu di bawah jagaan suspek ketika isterinya keluar ke pasar.

Namun apabila ditanya oleh isterinya tentang apa yang berlaku ke atas anak mereka, suspek hanya berkata mangsa tersedak sebelum meninggal dunia.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa