Bapa dan anak maut akibat kereta bertembung lori
Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kahang Barat berdekatan Kluang.
Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)
JOHOR BAHRU: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kahang Barat berdekatan Kluang.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata kemalangan berlaku pada kira-kira jam 4.00 petang menyebabkan Encik Mohd Khiril Bablihisham Kamalruzaman, 27 tahun, dan anaknya Muhammad Syah Ghazi Mohd Khiril Bablihisham, 5 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian semalam (28 Okt).
"Dipercayai kejadian berlaku apabila kereta Perodua Kancil dipandu Encik Mohd Khiril Bablihisham dari arah Kluang menghala ke Kahang Barat itu memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori dari Kahang Barat menuju ke Kluang," katanya dalam satu kenyataan semalam (28 Okt).
Encik Mohd Abduh berkata pemandu lori tersebut iaitu seorang lelaki berumur 33 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata kemalangan tersebut berlaku ketika hujan lebat dan tempat kejadian merupakan kawasan selekoh.
Kes katanya disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jenazah kedua beranak yang berasal dari Kota Tinggi itu dibawa ke Hospital Besar Enche' Hajah Khalsom Abdullah, untuk dibedah siasat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.