Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banyak vaksin COVID-19 di M'sia terpaksa dilupuskan dek kurang sambutan

Anggaran Waktu Membaca:
Banyak vaksin COVID-19 di M'sia terpaksa dilupuskan dek kurang sambutan

Seorang pekerja perubatan memberikan suntikan dos vaksin Pfizer/BioNTech COVID-19 di Malaysia. (Gambar fail: Mohd RASFAN / AFP)

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai vaksin COVID-19 yang mencukupi, iaitu sekitar enam juta dos, tetapi banyak yang terpaksa dilupuskan kerana kurang sambutan daripada rakyat untuk mengambil dos penggalak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menasihati orang ramai supaya mendapatkan vaksin penggalak COVID-19 memandangkan hanya 49 peratus rakyat sahaja yang sudah mendapatkan dos itu, seperti dinukil daripada Malaysiakini.

Encik Anwar berkata dos penggalak tidak mendapat sambutan seperti dos pertama dan kedua.

“Jadi saya usulkan mula dengan wartawan yang belum ambil booster (dos penggalak) pertama untuk ambil kerana jangkitan ini, ikut unjuran dan kajian Kementerian Kesihatan, belum menentu, belum tamat.

“Kalau yang dah ambil dos pertama, dos kedua, booster (dos penggalak) itu kena ada kerana vaksin ini masih ada.

“Jadi untuk bulan Januari ini, semua wartawan dikehendaki ambil booster kemudian disusuli dengan rakyat lain kerana kalau wartawan beri contoh teladan yang baik, itu akan diikuti oleh rakyat,” katanya di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya pada Rabu (4 Jan).

Malah, Perdana Menteri itu turut menjelaskan bahawa beliau juga sudah mendapatkan dos penggalak COVID-19.

“Saya sudah (ambil dos penggalak). Alhamdulillah. Saya boleh tunjuk saya punya MySejahtera,” katanya ketika ditanya wartawan sama ada beliau sudah mendapatkan dos penggalak itu.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa, memaklumkan hanya 49.8 peratus rakyat Malaysia mendapatkan dos penggalak pertama dan 1.9 peratus sahaja yang mengambil dos kedua.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan