Skip to main content

Dunia

Banyak restoran, pusat beli-belah bergelap gara-gara bekalan elektrik terputus di Johor Bahru

Bekalan elektrik terputus di pusat bandar Johor Bahru dan kawasan-kawasan di sekelilingnya sekitar 1.00 tengah hari pada Khamis (6 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Banyak restoran, pusat beli-belah bergelap gara-gara bekalan elektrik terputus di Johor Bahru

Bekalan elektrik terputus di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru pada Khamis (6 Sep). (Gambar: BidhanTamang/Facebook)

Diterbitkan : 06 Sep 2018 08:27PM Dikemas Kini : 06 Sep 2018 08:39PM

JOHOR BAHRU: Bekalan elektrik terputus di pusat bandar Johor Bahru dan kawasan-kawasan di sekelilingnya sekitar 1.00 tengah hari pada Khamis (6 Sep), dengan bekalan tenaga elektrik belum lagi dipulihkan setakat sehingga pukul 5.00 petang tadi, dengan bangunan-bangunan termasuk pusat beli-belah terpaksa bergelap sepanjang tempoh tersebut.

Baderul Sham Saad, pengurus besar cawangan penyedia elektrik Tenaga Nasional, berkata ganguan itu disebabkan oleh kerosakan di pencawang yang terletak di Jalan Datuk Abdul Rahman Andak.

Menurut Tenaga Nasional di laman Facebooknya, bekalan tenaga sekitar 33kV terputus di Johor Bahru, menyebabkan bekalan elektrik terputus di sekurang-kurangnhya enam kawasan: Jalan Harimau, Jalan Hang Tuah, Jalan Serampang, Jalan Visata, Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Yahya Awal.

(Gambar keadaan di pusat beli-belah KSL City. Gambar: Yvonne Teo/Facebook)

Polis Johor mengesahkan bahawa pihaknya menerima aduan mengenai gangguan tersebut namun tidak pula menerima sebarang laporan mengenai kecederaan atau kematian akibat insiden berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Othman Abdullah menegaskan bahawa beliau tidak menerima sebarang panggilan yang ada kaitan dengan gangguan tersebut, termasuk aduan mengenai orang yang terperangkap dalam lif.

Sungguhpun demikian, para penduduk di Johor menggunakan media sosial untuk melaporkan bekalan elektrik terputus dan memuat naik gambar pelbagai lokasi, dengan kebanyakannya di pusat beli-belah.

Lampu trafik di Jalan Tebrau yang menghubungkan Taman Pelangi, Taman Century dengan pusat bandar juga tidak berfungsi sepanjang tempoh gangguan tersebut, Begitu juga kamera pemantau trafik di kawasan Jalan Skudai di Johor Bahru.

(Gambar petikan skrin menunjukkan kamera pemantau tidak berfungsi.)

Sungguhpun demikian, hospital, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), serta kebanyakan bangunan komersial masih beroperasi, meskipun bergantung kepada tenaga elektrik generator. 

Sumber : CNA/AW/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita