Skip to main content

Dunia

Banyak penerima bantuan sosial Indonesia guna wang untuk judi online

Anggaran Waktu Membaca:
Banyak penerima bantuan sosial Indonesia guna wang untuk judi online

Gambar hiasan. (Gambar: iStock)

Diterbitkan : 08 Jul 2025 10:42AM Dikemas Kini : 08 Jul 2025 10:43AM
  • Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) merekodkan deposit perjudian online yang disertai oleh penerima bantuan sosial dianggarkan mencecah hampir Rp1 trilion (S$78.6 juta).
  • Encik Natsir menambah bahawa terdapat 571,410 penerima bantuan sosial yang turut didapati bermain perjudian online, menurut laporan Kompas.
  • Menjawab perkara itu, Menteri Sosial Saifullah Yusuf atau Gus Ipul menegaskan penemuan PPATK akan dijadikan bahan penilaian dalam pengagihan bantuan sosial selanjutnya, menurut laporan Kompas.
  • Gus Ipul menyatakan bahawa beliau membuka penyertaan orang ramai untuk membantu dalam isu penyalahgunaan bantuan sosial dengan melaporkan melalui saluran rasmi atau melalui aplikasi dan pusat panggilan.
Dijana oleh AI
JAKARTA: Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) merekodkan deposit perjudian online yang disertai oleh penerima bantuan sosial dianggarkan mencecah hampir Rp1 trilion (S$78.6 juta).

Ketua Pasukan Perhubungan Awam PPATK, M Natsir Kongah berkata, PPATK turut mencatat lebih 7.5 juta transaksi berkaitan perjudian online dilakukan menerusi akaun penerima bantuan sosial, lapor Kompas.

“Tercatat lebih dari 7.5 juta transaksi perjudian telah dilakukan dengan jumlah deposit Rp 957 bilion (S$75.2 juta),” kata Encik Natsir menerusi catatan pada Isnin (7 Jul).

Encik Natsir menambah bahawa terdapat 571,410 penerima bantuan sosial yang turut didapati bermain perjudian online, menurut laporan Kompas.

Berdasarkan data PPATK pada 2024, terdapat 28.4 juta nombor induk kependudukan (NIK), atau nombor pendaftaran penduduk, yang menerima bantuan sosial, dan terdapat 9.7 juta NIK yang terlibat dalam perjudian online.

“Data pada 2024, daripada 9.7 juta NIK pemain judi online, terdapat 571,410 NIK yang didedahkan sebagai penerima bantuan sosial serta pemain judi online,” kata Encik Natsir.

"Dan itu hanya dari satu bank. Jika kita terus menyiasat, jumlahnya mungkin lebih tinggi," tambahnya.

Menurut Encik Natsir, penemuan itu bukan lagi penyelewengan pentadbiran, tetapi termasuk penyalahgunaan sistem bantuan negara untuk aktiviti haram.

Menjawab perkara itu, Menteri Sosial Saifullah Yusuf atau Gus Ipul menegaskan penemuan PPATK akan dijadikan bahan penilaian dalam pengagihan bantuan sosial selanjutnya, menurut laporan Kompas. 

“Ini adalah sebahagian daripada langkah pemerintah khususnya Kementerian Sosial untuk mengikuti arahan presiden bagi memastikan bantuan sosial menepati sasaran,” kata Gus Ipul.

Gus Ipul menyatakan bahawa beliau membuka penyertaan orang ramai untuk membantu dalam isu penyalahgunaan bantuan sosial dengan melaporkan melalui saluran rasmi atau melalui aplikasi dan pusat panggilan.

Berdasarkan laporan itu, Kementerian Sosial juga boleh menyemak di lapangan untuk memproses dan mengesahkan data.

Gus Ipul juga bersetuju bahawa pembantu juga bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan bantuan sosial sehingga jika penerima bantuan sosial terlibat dalam perjudian online, identiti pembantu akan diketahui.

Ini juga boleh dijadikan bahan penilaian untuk kesinambungan kontrak kerja pembantu.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita