Skip to main content

Dunia

Bantuan tiba di Afghanistan; 16,000 penduduk dijangka dibantu

Bantuan akhirnya tiba di Afghanistan sedang para pemimpin dunia memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang bertambah teruk di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bantuan tiba di Afghanistan; 16,000 penduduk dijangka dibantu

Orang ramai beratur di luar bank untuk mengeluarkan duit setelah Taliban merampas kuasa di Afghanistan. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 03 Oct 2021 06:28PM Dikemas Kini : 03 Oct 2021 06:31PM

KABUL: Bantuan akhirnya tiba di Afghanistan sedang para pemimpin dunia memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang bertambah teruk di negara itu.

Bulan Sabit Merah Turki dan Persatuan Bulan Sabit Merah Pakistan telah menghantar dua lori yang membawa bekalan beras dan makanan lain.

Menurut para pegawai, bantuan itu dianggarkan dapat memberi manfaat kepada 16,000 penduduk Afghanistan, yang kebanyakannya kehilangan tempat berteduh sejak Taliban mengambil alih kuasa.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa setengah juta penduduk kini kehilangan tempat berteduh disebabkan kucar-kacir yang melanda negara itu beberapa bulan sejak kebelakangan ini.

Menurut PBB lagi, bilangan tersebut dijangka akan bertambah secara mendadak sekiranya khidmat kesihatan dan ekonomi negara tersebut runtuh.

Sumber : Reuters/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita