Skip to main content

Dunia

Bantuan makanan di Tebing Barat dikurangkan ekoran kekurangan dana

Anggaran Waktu Membaca:
Bantuan makanan di Tebing Barat dikurangkan ekoran kekurangan dana

Pengarah Program Makanan Sedunia (WFP) bagi Palestin Shaun Hughes berkata, satu pertiga daripada penduduk Tebing Barat bergelut untuk memenuhi keperluan asas mereka. (Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 03 Sep 2026 12:00AM
RAMALLAH: Program Makanan Sedunia (WFP) menyatakan bantuan kepada keluarga di Tebing Barat dikurangkan separuh ekoran kekurangan dana, menyebabkan hampir 200,000 orang tidak mendapat bantuan ketika keperluan meningkat dua kali ganda dalam tempoh dua tahun lalu.

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan Pengarah WFP bagi Palestin Shaun Hughes berkata ā€œkeganasan penduduk penempatan Israel yang semakin meningkat dan operasi ketenteraan Israel, ditambah dengan krisis ekonomi serta peningkatan pengangguran, 
memburukkan lagi ketidakjaminan makanan.ā€

Beliau berkata satu pertiga daripada penduduk Tebing Barat bergelut untuk memenuhi keperluan asas mereka.

Beliau berkata di Carikan Gaza, WFP mengurangkan bantuan tunai kepada sekitar 75,000 keluarga pada Julai lalu, sambil memberi amaran sehingga 90 peratus penduduk mungkin berdepan tahap ketidakjaminan makanan akut yang tinggi menjelang akhir tahun sekiranya bantuan kemanusiaan tidak diteruskan.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai potensi krisis kesihatan awam di Gaza pada musim sejuk, menyusuli pencemaran air dan kemerosotan perkhidmatan sanitasi.

WHO merekodkan peningkatan kes cirit-birit berair akut daripada sekitar 30,000 pada Mac kepada lebih 58,000 pada Ogos.

Pertubuhan itu menyedari lebih 6,600 orang memerlukan penjagaan jangka panjang selepas menjalani amputasi, manakala hanya 12 peratus daripada mereka yang cedera sejak Oktober 2023 menerima anggota tubuh prostetik setakat Julai.

WHO menggesa supaya kemasukan bekalan perubatan dan makmal serta anggota tubuh prostetik dipercepat, di samping memastikan akses kepada air bersih dan menambah baik pengurusan sisa.
Sumber : Bernama/Agensi berita/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita